Dan gua rasakan bulan ini adalah bulan yang paling lama gua menetap di rumah ibu bapa kau. Seminggu lebih barangkali. Dan perkara-perkara manis yang sering terlintas di fikiran gua adalah saat kta berjalan di Plaza Kotaraya, kasut yang kau pakai terkoyak. Gua bergegas ajak kau ke kedai mencari gam untuk lekatkan kembali kasut kau. Dan saat itu gua rasa sepertinya tidak mahu kaki kau terkena sedikt kotoran pun pada lantai yang dipijak oleh ribuan umat selatan. Dan gua tanggalkan kasut kau sambil tangan memegang kaki kau agar tidak dicemar kotoran.
Gua rabakkan plastik gam gajah yang dibeli. Gua palit sedikit dan seperti biasa tangan mana yang tak pernah terkena gam gajah, memang mustahil. Gua biarkan tangan gua sebab gua perlu segera lekatkan kasut kau dahulu. Dan selesai gua cantumkan kasut kau, gua gosok di bahagian yang terlekat, walaupun hakikatnya ia sangat panas atas sebab tindak balas kimia gam dan molekul kasut kau.
Dan gua tiup supaya ia cepat kering, supaya kau tidak perlu lagi rasa sedih bila kau asyik tidak selesa dengan kasut kau sebelum ini. Cerita nya ringkas. Tapi gua tak akan pernah lupakan peristiwa ini, sebab sejarah itu mematangkan gua. :-)
No comments:
Post a Comment