Popular Posts

Kalendar Bahagia 3

Mei 2011

Dan keberangkalian gua menulis tidak mengikut urutan bulan adalah tinggi, kerana sudah gua nyatakan, gua tulis apa yang terlintas, apa yang gua teringat.

Bulan ini gua sudah memulakan sesi latihan industri di ibu negara.Mungkin tiada rezeki gua untuk menjalani latihan industri di tanah tumpah darah, lebih dekat dengan kau. Risau. Itu yang sering bermain di fikiran kau. Kau risau gua cepat hanyut di bandar besar bukan? Sebelum nya pun kau ada tinggalkan nota dalam komputer riba gua, menyatakan kebimbangan kau. Kau kata di bandar besar lebih banyak ujiannya. Jangan risau sayang, gua cepat sesuaikan diri, dan gua tidak pernah lupa diri. :-)

14 Mei 2011. Itu tarikh ulangtahun kelahiran kau. Mana mungkin gua biarkan kau sambut seorang diri. Selesai waktu kerja jam 5 petang, bingkas gua pulang ke rumah untuk bersiap dan terus menuju ke Johor Bahru. Agaknya apa lah yang bermain di fikiran gua, sehinggakan gua terlupa untuk mematikan mode senyap di telefon bimbit. Sudah hampir separuh perjalanan, di negeri Melaka barangkali, baru gua ter-perasan, telefon bimbit gua langsung tidak berbunyi. Dan bila gua lihat, nah! 30 misscalled. Maaf sayang, gua bukan sengaja membuatkan kau risau. :-)

Hampir ke jam 9 malam, gua susur masuk ke daerah Kulai. Katanya dari situ lebih dekat untuk ke rumah nenek kerana kau dan mak sudah menanti di rumah nenek. Dan itulah kali pertama gua cari rumah nenek dalam keadaan yang gelap dan tidak tahu jalan. Gua gagahkan juga. Kerana malam itu adalah malam hari lahir kau. Aku mesti tiba sebelum jam 12. Dan akhirnya bertemu jua.

Minuman panas sudah tersedia. Dan gua seperti kebanyakan hari, pasti akan ada ulser di mana-mana bahagian dalam mulut gua. Dan saat itu mak mengusap belakang gua sambil berkata “Kesian menantu mak.” Gua hanya tersenyum kecil. Dan oleh kerana mahu menyambut di rumah sendiri, malam itu juga kita pulang ke rumah. Kau pandu boleh sayang? Gua dah keletihan.

Saat tepat jam 12 malam, mak keluarkan kek yang tertulis “Happy Birthday Sayang”. Dan ketika itu gua betul-betul di sebelah kau, meraikan hari lahir ke-22 kau. Moga kau dipanjangkan umur sayang. Dan gua masih belum sempat menjamah kek har lahir kau sehingga ke hari ini.

Keesokan hari, kau mahu kita semua bermalam sehari pula di rumah nenek, mengenangkan nenek asyik mempelawa gua supaya bermalam di rumahnya. Iya lah. Gua turutkan. Pagi hari, kita bersiap. Dan kau gua bawak ke bandaraya Johor Bahru, supaya dapat gua carikan kau walau sekecil-kecil hadiah, tanda ingatan gua pada kau sempena hari lahir kau. Dan kita berpusing di Jusco, sambil mencari apa yang sesuai dengan kau. Akhirnya gua terlintas untuk belikan kau seutas rantai berloketkan nama gua. :-)

Petang, kau ajak gua berehat di sebuah padang permainan. Sambil menyaksikan orang ramai beriadah bersama keluarga. Ada yang berbasikal, ada yang bermain layang-layang. Indah nya saat itu, gua tak dapat gambarkan. Sehinggakan kau sanggup membeli sehelai baju kotak-kotak sama seperti yang gua pakai pada hari itu. Ikhlas nya kasih sayang kau sangat gua hargai. Dan di sini juga lah kau bilang, “Saya nak jadi isteri awak, saya nak awak yang pimpin saya ke syurga satu hari nanti”. Iyalah, gua janji sayang, kau akan ku nikahi satu hari nanti.

Malam, setelah pulang ke rumah nenek, nenek sudah bersiap untuk tidur. Dan malam itu lah setelah selesai bersolat, kita hamparkan tilam di ruang tamu beramai-ramai, tidur di situ. Kau minta gua jangan tidur lagi, sebab kau takut tinggal seorang diri jika masih berjaga. Iya gua tunggu kau sayang. Mana mungkin gua akan tinggalkan kau keseorangan.

Keesokan pagi, seawal 5.45 pagi, gua sudah terjaga dan gua lihat nenek sudah bersiap untuk solat Subuh, gua agak sedikit terlewat, jadinya tidak sempat berjemaah bersama nenek. Dan hari ini hari terakhir gua berada di kampung, gua perlu berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Namun sebelum pulang, makcik dan mak mengajak pula aku ke pekan kecil berhampiran kampung, untuk mencari barang dapur. Dan di sana, kita sempat singgah di kedai menjual barang hantaran, mungkin itu tanda-tanda nya jodoh kita sudah hampir sayang.

Dan selepas selesai semua nya, gua perlu pulang. Dengan berat hati, kau juga sempat bersalaman dengan semua orang, konon-nya kau mahu ikut aku ke Kuala Lumpur. :-)

Selamat hari lahir sayang. Semoga kau berjaya mengejar impian kau. Gua berjanji akan berikan kau hadiah hari lahir yang lebih istimewa sebaik gua dapat bayaran fotografi perkahwinan. :-)
< >

No comments:

Post a Comment