Hari raya kelima. Gugup. Risau. Hampir 2 jam gua menanti. Bangun,duduk, naik turun kompleks beli-belah. Jangankan batang hidung, bayang kau pon gua tak nampak. Masih tunggu. Dan bila kau hampir tiba, gua meluru ke car park. Mencari budak yang gua ber-pesanan ringkas sejak 5 bulan lalu. Dan kau agak tinggi. Maksud gua fizikal kau. Dibanding dengan gadis-gadis kebanyakan. Berbutir-butir mulut kau bisikkkan maaf sebab keterlewatan, dan muka gua seperti biasa. Tiada perasaan. Langsung kau ajak gua. Mari. Kita tonton wayang. Mungkin ada cerita menarik yang mampu lembutkan hati gua.
15 minit beratur, panjang.Kemesraan kau,seolah kau telah gua kenal sejak 20 tahun yang lalu. Dan silap gua, gua lupa tajuk flem pertama kita tonton berdua. Usai filem di panggung, kau ajak gua ke taman bunga, atau lebih tepat taman rekreasi. Mahu ambil angin kata kau. Dan disebabkan status gua sudah tersohor sebagai jurugambar bebas ketika itu, gua pasti bawak kamera cabuk gua ke mana-mana.
Masih gua ingat, wajah kau ketika itu. Mulus, suci, hanya lapisan nipis sapuan bedak untuk kelihatan kemas. Kau masih malu-malu. Namun genggaman erat tangan kau sepertinya tak mahu gua tinggalkan kau untuk selama-lamanya. Berlatarbelakangkan gunung tempat rekreasi tersebut, kau minta kita bergambar berdua. Dan hasilnya? Sangat memuaskan. Wajah kau yang ke-anak anakan seolah-olah masuk dengan wajah gua yang tidak ada lebih dari lelaki lain. Gua nampak kau sangat bahagia ketika itu. Senyuman itu bukan yang kau buat-buat.
Langsung selepas seharian bertemankan kau, gua rasa sudah masa untuk kau pulang. Dan tangan ini tak berhenti menaip pesanan ringkas berterima kasih pada kau, sebab terima aku seadanya.
Mungkin rindu itu terlalu besar. Dua hari kemudian, selepas puas bersantai dengan rakan-rakan seperjuangan dari kecil, gua ingin jumpa kau lagi. Kau setuju. Dan seawal pagi gua jemput kau di suatu bandar kecil berdekatan rumah kau. Hari ini lebih gembira, kita habiskan masa di tepi pantai sehingga terbenam matahari. Sama-sama berjanji, gua takkan pernah sakitkan kau. Dan kau takkan pernah tinggalkan gua. Bahagia bukan?
No comments:
Post a Comment