Gua hanya mampu tulis apa yang gua teringat. Apa yang terlintas. Sebab gua tak tau sama ada lepas ni gua mampu nak ingat lagi benda ni.
Pencarian gadis negeri. Dan kau layak ke peringkat akhir. Dan bukan gua seorang yang bangga, malah rakan-rakan serumah gua turut bersyukur kerana kau mampu sampai ke tahap ini. Seolahnya kau sudah berjaya sayang, tidak kira tempat ke-berapa kau dapat, kami sudah cukup berbangga dengan kau.
Dan seawal pagi Khamis gua bertolak dari sebuah negeri di pantai timur di mana tempat gua menuntut ilmu ijazah sarjana muda gua. Setibanya gua di selatan tanah air, kau masih di pentas peragaan, raptai katanya. Gua tunggu kau di pantai kira-kira maghrib sudah menjelma. Dan gua tersenyum bila mana nampak kawan yang sama-sama bertanding dengan kau hantar kau ke situ. Manis, berbaju kurung Johor kata kau. Gua perlu hantar kau pulang ke kolej dahulu sebab kau sudah keletihan ber-raptai dari seawal pagi tadi. Sebelum turun dari kereta untuk membersihkan diri kau, gua hulur jersey Malaysia yang kau idam-idamkan. Gua tunggu dalam kereta. 30 minit gua terlelap, kau siap. Dan gua tersenyum lagi dapat lihat kau gembira menyarung jersey kebangsaan idaman kau. Kita pergi makan nasi ayam penyet dulu ye sayang, kata kau.
Hari kedua gua di tanah tumpah darah, seawal pagi gua dah tunggu kau, untuk ke rumah Maksu, katanya nenek ada di situ. Emak juga di situ. Setibanya di rumah Maksu, makan tengah hari semua sudah terhidang. Nenek cakap, “Jangan malu-malu Zul”, emak cakap “Zul dah biasa makan masin-masin kat umah makcik kan?”..
Dan hari itu juga lah kau bawa dua jenis pakaian yang ditaja, untuk dipilih oleh family kau, yang mana lebih sesuai dipakai di pentas akhir. Dan ternyata idea gua memilih baju kurung Johor berwarna merah gelap diterima nenek. Dan hari itu jugak lah pertama kali gua tengok nenek sangat gembira, siap ajar kau catwalk, kau ingat? Langsung selepas sesi memilih pakaian, gua dan kau perlu berangkat kerana kita perlu cari kasut kau pulak.. Sebelum pergi, gua salam mak, sambil mak cakap “Bila nak bawak makcik pergi jalan-jalan Terengganu Zul”..gua salam nenek “Teringin nenek nak naik kereta kau, bawak nenek jalan-jalan jugak ye Zul”. Dan gua seperti biasa, akan hangatkan perbualan dengan gurauan gua. “Terengganu je? Melaka, Pahang, Penang,tak nak? Makcik nak pergi mana pon boleh, tak jadi hal lah!!!”. Dan sekaligus mak menepuk belakang gua sambil tergelak besar. :-)
Kasut pertama, kasut tumit setinggi 7 inci. Gua gelak. Tapi takpe. Gua rasa gua taw mana nak cari. Kita mula dengan Jusco. Seluruh Jusco kita pusing, dan gua sempat beli mangga jeruk yang kau suka. Sambil kau sibuk cari kasut, gua suap dua-tiga potong kat mulut kau. Nanti kotor tangan kau, susah la nak pilih kasut. Hampir petang, masih tidak ketemu kasut dicari. Kau hampa. Gua cakap jangan mengalah kan??? Gua bawak kau ke hypermarket Giant, tempat yang hampir dengan tempat gua bermain sewaktu usia gua 13 tahun sehingga la gua hidup berpindah randah. Dan dalam Giant jugak lah kebetulan telefon kau dan gua kehabisan bateri. Gua cakap kita cari dulu satu-satu kedai kasut. Dan waktu terleka melihat kasut-kasut yang perlu dipilih ntuk kau, kau hilang. Aduh. Berpusing lah gua cari kau. Akhirnya jumpa, kau buat muka masam. Haha. Kau seperti anak kehilangan ayah sewaktu tu. Jumpa juga akhirnya kasut yang dicari-cari.
Kasut kedua. Berpusing. Kau sendiri tidak pasti rumah mak andam yang mana kita perlu sewa kasut pengantin untuk kau pakai di pentas peragaan. Gua lagilah. Mana biasa dengan kawasan tu. Hingga Maghrib agaknye, baru berjumpa rumah dicari.
Lega. Gembira. Cuma tinggal sehari untuk kau ke pentas akhir. Dan malam itu, gua perlu hantar kau ke hotel tempat penginapan keluarga kau. Dan gua sepatutnya pulang ke Terengganu malam tu jugak. Tapi mak kau, makcik kau minta gua bermalam di hotel tu jugak. Masuk ke dalam hotel, makcik kau tanya “Eh lawa jersey, untuk makcik takde ke Zul?” gua cuma mampu tersenyum. Selepas semua sudah membersihkan diri, kau, mak, makcik dan seorang sepupu ajak gua ke bazar lewat malam di tengah bandar raya Johor Bahru.
Dan di bazar, kita jumpa pesaing kau, manis orang nya. Sedang sibuk berniaga pakaian. Kau mintak gua rakamkan gambar kau dan dia. Sambil gua cakap, “So korang akan gaduh tarik-tarik rambut la nak bagi menang nanti?” , kau cuma tergelak kecil. Sudah lali dengan perangai gua barangkali.
Dan di bazar, kita tidak ubah seperti keluarga besar yang bahagia. Gua gurau-gurau dengan makcik dan sepupu kau, sekadar memenangi hati mereka. Dan setibanya di satu gerai menjual wallet, gua berhenti untuk beli yang baru sebab wallet gua dah jahanam. Melihatkan gaya kita semua, brader yang jaga kedai berbisik dekat gua, “Isteri ke?” , gua cuma tersenyum dan masih tawar menawar dengan beliau. Akhirnya bila gua buat trick tak jadi beli, brader tu panggil gua. “Disebabkan kau kawen muda, aku bagi kau harga murah, dan jage family baru kau baek-baek.”
Dan gua berlalu pergi sambil menceritakan apa yang terjadi kepada mak, makcik , sepupu dan kau. Semua tergelak besar. Kau malu sambil tepuk belakang gua. Haha, kejadian yang gua tak kan lupa sampai bila-bila.
Dan keesokan pagi nya, nak atau tidak, gua harus pulang ke Terengganu. Gua ada test database esoknya. Dan sekali lagi emak memujuk gua, supaya jangan pulang dulu, selesaikan sampai kau dah betul-betul hendak mula bersiap ke pentas akhir. Dan sekali lagi gua tunggu. Takpe, demi kasih, demi sayang. Kau sendiri pernah cakap kasih sayang gua tulus kan???
Pagi, semasa sarapan di hotel, kau bisikkan dekat gua. Dan gua masih ingat sampai sekarang. “Jangan pernah tinggalkan saya, saya sayang awak dunia akhirat”, ye lah sayang, gua tak tinggalkan kau. :-)
Dan sepatutnya kita terus ke tempat kau bersiap untuk make-up, namun kau sedikit kecewa bila tiba di tempat tu, masih tiada siapa yang sampai. Langsung kau mintak kita berpatah balik, mungkin untuk makan tengah hari dengan semua ahli keluarga. Nenek ada sekali ketika itu. Selesai makan , baru lah kawan-kawan yang lain telefon kau dan katakan mereka sudah menunggu. Dan gua hantar kau sebab gua perlu terus berangkat ke Terengganu. Sewaktu ini, gua ingat lagi pernah berpesan, “Kalau tak tau jawab, jangan senyap, hentam je.”
Sepanjang perjalanan, gua tak berhenti risau. Risau kan kau. Gua takut kau gugup. Gua mesej kau. Semestinya tidak berbalas kerana kau sedang dalam pertandingan. Gua mesej mak. “Makcik, dia dah naik pentas belum?” . Mak jawab, “Belum. Zul, macam mana nak ambik gambar guna kamera ni?”. Oh ya gua terlupa nak ajar mak cara guna kamera tu.
Dan lepas keputusan diumumkan, gua taw kau kecewa, tapi takpe sayang. Kau dah berjaya di hati kami semua, kau yang terbaik. :-)
No comments:
Post a Comment